Kemana Menghilang?
by hiekalAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali terakhir aku update blog aku masa hujung bulan January lepas… dah dekat 4 bulan aku senyap macam tuh je… banyak gak email aku dapat tanyakan sebab apa aku takde update apa-apa… sebab utama bukannya aku malas nak tulis dah…. tapi sebab aku takde benda nak cerita… kalau sapa-sapa yang ikut cerita ku nih.. korang tau kan apa yang bleh buat masa winter…. tak kemana beb…. unless kalau banyak duit…boleh la travel mana-mana…aku cuma sempat gi main snowboard 2 kali je masa winter lepas… masa yang lainnya aku cuma stay rumah and kerja je la…
Sebelum aku melalut lebih panjang… Aku dan Nadiah alhamdulillah sihat… Nadiah pun dah 8 bulan sekarang…. tengah mengira hari la kami sekarang… Harap korang semua doakan agar semua akan berjalan lancar…
Sebenarnya kami baru balik dari roadtrip kira-kira 2 minggu lepas.. kali nih kami pergi area-area downsouth macam Florida, North Carolina, South Carolina dan DC….. trip kali nih ambil masa dekat 12 hari… Alasan kami buat trip nih sebab adik Nadiah datang visit kitorang… adik Nadiah nama Sabil tapi kitorang panggil boy je… Hari kedua boy sampai kami terus ke Disneyworld,Orlando di Florida…member tak sempat habis jetlag lagi… hehehhe…sian dia… sebab kitorang taknak buang masa kerana Nadiah dah 7 bulan mengandung masa tuh.. dan kitorang dah buat check up doktor sebelum buat trip nih dan doktor cakap nadiah memang fit untuk trip nih… maybe sebab selalu buat fitness dekat gym masa awal-awal mengandung dulu kot…
Perjalanan dari West Haven ke Orlando mengambil masa 26jam… sehari lebih kami drive…. tukar-tukar driver dan alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya… sampai-sampai sana dalam pukul 10 pagi kami terus ke Disneyworld…. tak pergi hotel dulu pon…citer kat orang semua cakap kami buat kerja gila…. Sebabnya ialah malam hari kami sampai tuh.. dekat Magic Kingdom, Disneyworld ada special event… iaitu pertunjukan bunga api…. daripada review orang semua cakap memang gempak.. sebab tuh hari tuh jugak kami masuk Disneyworld (event nih hanya ada pada hari Khamis dan Ahad sahaja)
Disneyworld nih memang besar…. Percaya atau tidak… korang perlukan sekurang-kurangnya satu minggu untuk habiskan satu disneyworld… Dalam Disneyworld ada 6 taman yang bebeza tema.. dan untuk trip kalini kami hanya sempat habiskan 2 park sahaja iaitu Magic Kingdom dan Epcot. Kami juga sempat ke Universal studio disini…. Tips bagi mereka yang akan kesini.. Jangan beli tiket di pintu masuk… korang dapat save banyak duit kalau beli dekat kedai cenderamata di bandar Kissimee…. kira-kira 5 batu dari disneyworld.
3 hari kami spend masa dekat Orlando dan selepas tu kami singgah sebentar di Tampa dan Clearwater sebelum terus ke Miami Beach. takde benda sangat dekat Tampa, kitorang just tangkap-tangkap gambar dan terus ke Clearwater. Laut disini memang cantik .Bagi sapa-sapa yang nak travel area2 sini.. korang patut jadikan Clearwater sebagai salah satu checkpoint korang…..
Aku sambung lagi nanti… nak siap gi kerja dah nih… wassalam..
12.06pm
No comments:
Post a Comment