Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

Entrance gate

Semasa kat entrance gate , staff kat situ akan buka beg kita . Masa tu kami bawak dua bagpack . Dua-dua beg penuh dengan makanan. So aku buka beg aku dulu..sebab beg tu penuh dengan botol susu Amsyar , kat bawahnya memang ada sandwich, biskut dan macam-macm lagilah yang kami bawa dari Malaysia. Bila dia nak buka beg hb, jenuh kami nak explainkan yang beg tu untuk check in hotel nanti , so memang banyak barang… Bila kami speaking , dia jawab bahasa Jepun..heh..heh…. agak lama juga kami bercakap bahasa ayam itik kat situ …last-last dia lepas juga kami masuk tanpa buka beg hb..tapi orang Jepun ni memang friendly lah dan amat berbudi bahasa.Boleh je bwak makanan masuk , tapi pandai-pandailah sorok, kat dalam tu payah nak cari makanan halal..kalau ada pun popcorn je kot.
          Bila masuk je ..ramai sangat orang q nak ambil gambar kat sini.. means ambil gambar dari depan..aku malas nak q , ambil gambar Alya dari tepi je..hehe.. 




Masa tengah ambil gambar tu , ternampak pulak atok Donald Duck...cepat-cepat kami kejar ..apalah..tapi seronok sangat2..bukannya apa..buat kenangan untuk Alya yang suka sangat character Disney ni,,


Kemudian kami terus ke World bazaar . Macam-macam ada kat sini ..Sebatang pokok krismas yang sangattt besarr diletakkan ditengah-tengah bazaar tu. Kat sini pun ramai sangat orang Jepun beratur nak ambil gambar..dan macam biasa aku ambil gambar dari tepi je.. :)



































  Keluar je dari World Bazaar...taraaaaa........ :) , kalau dulu cuma tengok dalam tv dan dalam internet je..kali ni betul-betul depan mata dan Istana Cinderella ni.. 


         Seterusnya kami ke Adventureland. Cadangnya nak naik jungle cruise, tapi terpaksa kensel sebab q terrrrrrrrrlaluuuuuu panjang..tak sanggup nak q kalau dah panjang macam tu.:( . Antara yang menarik kat sini ada Swiss Family Treehouse. Punyalah besar gedabak rumah atas pokok ni , tapi tak naik pun .


No comments:

Post a Comment