Search This Blog

Monday, January 16, 2012

London & Paris

Saturday, October 29, 2011

. London & Paris Part 1 .

1 comments
Hello, Hye
I'm Hani


Sebenarnya ada seorang kawan Hani yang bernama Cik Carrot
menyuruh Hani menulis memori trip Hani ke London & Paris.
Memula serius malas nak mampos, tapi disebabkan blog nih dah berhabuk,
so, Hani mengambil keputusan untuk menggerakkan tangan menulis post ini.

**Kat sini sikit jer gamba akan dipost . Untuk lebih banyak gambar, usha my photo album di facebook ye ( https://www.facebook.com/aniely86 )




Pengenalan



Trip ini dah di plan bermula sejak tahun lepas 2010, ayahnda telah membelikan tiket ke Paris.
Pada mulanya, trip ini disetai oleh 5 orang,
tapi disaat akhir, hanya 4 orang (Bonda, Ayahnda, Papa Li dan Hani)
Kami hanya beli tiket tanpa sebarang tour. Ini kerana kami merancang perjalanan kami sendiri.
Perjalanan kami secara keseluruhannya adalah begini (Paris-London-Paris)
Disaat pengembaraan ini berlaku, udara di Paris dan London agak sejuk
dan ia merupakan musim luruh (autum luruh kan?)
Tak lupa, bebanyak terima kasih kepada "lonely planet" di download dari ipod
Tanpa ia, perjalanan kami tak dapat dirancang dan boleh sesat .
(Apa itu Lonely planet? diakhir post akan diterangkan)



Pengembaraan


Hari 1 . Perkenalan 4jam bersama Paris .

Perkenalan boleh dimulakan dengan ,
satu pebuatan dan juga satu perkataan.
Begitu juga perkenalan Hani dengan Paris.
Setapak kaki memijak tanah Paris,
Sepatah kata "hello" diberikan..
satu perkenalan diikat .


Alhamdulillah,
selepas 13 jam dalam flight Air Asia X,
kami selamat sampai di bumi Paris lebih kurang jam 10.30 pagi.
Bergerak dari airport Orly, kami bergerak ke station denfort.
Di station Denfort, kami naik train ke station Gare Du Nord.
Di sana kami naik Eurostar (bullet train) menuju ke London .



*Dari airport ke station denfort ke station Gare Du Nord, kami naik kenderaan awam
such as bus, train . Kenapa tak naik teksi? Mahal & papa li ckp, satu teksi hanya utk 1 beg. Kami
4 orang and ade 5 beg . OK do the math .




Selepas 2 jam lebih perjalanan bersama Eurostar,
kami selamat tiba di Station St. Pancras , London .
sekali lagi pekenalan di mulakan .
Kali ini, setapak kaki memijak tanah London,
sepatah "Hello" diberikan .
Salam kenal Kota London .



Setiba di London,
Kami berjalan kaki menyusuri jalan-jalan London yang sibuk.
beberapa blok dilalui ditemani peta dari "lonely planet" ipod,
kami mencari satu destinasi, iaitu pusat kereta sewa "AVIS"
perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40minit .
perjalanan tidak terasa buhsannya kerana Kota London
seaakan berbeza dengan Malaysia.
Menikmati kesejukan udara, menikmati keindahan bangunan lama,
menikmati kesibukkan kehidupan penduduk Kota London,
Hani tersenyum. Ini benar-benar satu perkenalan yang menarik


Selepas mendapat kereta sewa yang telah ditempah,
perjalanan diteruskan ke rumah transit Malaysia di Heatrow city.
ok! kami dapat rumah ye. 3 bilik, 1 ruang tamu, 2 toilet, 1 dapur .
Seronok! kami boleh masak, dan Hani boleh bergolek di bilik sendiri.
Selepas beberapa jam bergolek dan merehatkan diri,
Kami pergi ke Tesco untuk membeli beberapa barang untuk masak.
Adegen pergi Tesco, driving balik rumah, masak, berbual sambil tengok TV ,
serius! terasa cara kehidupan jika duduk di London.




Hari 2: London, Kau Indah .

Waktu Subuh masuk lebih kurang jam 5 pagi,
Bangun, Masak, Makan, Bersiap ....dan terus memulakan perjalanan.
Keindahan Kota London mula dirasa.
Seawal jam 8 pagi, Kami tiba di Reading University.
Kenapa? Kerana bOnda dan ayahnda hendak mengimbau kenangan lama.
Yerp. Mak meyempurnakan Master beliau di Reading University.
dan ketika itu, ayahnda kerja di London.
Bonda sempat melawat hostel lama yang sekarang tengah renovate.
beberapa gamba di ambil, dan kemudian kami teruskan perjalanan.




Memandu lebih kurang 2jam,
Kami sampai die StoneHenge.
Stonehenge nih secara ringkasnya la kan,
beberapa batu besar yang agak misteri.
Bagi Hani la kan, ianya misteri sebabnya ..
Ia didirikan lebih kurang pada 2500 BC.
cuba bayangkan, kedudukan batu-batu besar tuh,
zaman itu, mana ade teknologi canggih untuk angkat batu-batu tu betOl tak?
beberapa lagi info tentang stonehenge ini . korang boleh google la ye
atau klik jer "Stonehenge"






Selepas melawat StOnehenge,
Kami meneruskan perjalanan ke Bath City.
History of Bath City nih Hani tak tahu menahu pape. bace je la sini "Bath City" .
Seriusly, Hani ikot jer. Tapi serius cantik giler.
Berjalan di Bath City nih memang sesak dengan manusia.
Ada yang bershopping, berjalan-jalan, menonton nyanyian, makan..
Banggunan sekitar Bath ni semua oldskool jer. Menarik sangat .
Kat sini memang banyak kedai untuk shopping dan ambil gambar.

Link


Selepas penat melilau di Bath City,
Kami terus menuju ke "Swindon" .
Kat sini lebih kurang mcm banyak Designer Outlet la. klik "Swindondesignoutlet"
Part kat sini memang best la kan (^____^)
Hani sempat beli beberapa baju sampai kaki letih nak menapak dah ~!
Tiada gamba dapat di ambil sebab terlalu sibuk masok setiap kedai.
Di pintu-pintu kedai semua nak letak 50-70% off. ok rambang !
Hampir 3 jam kat sana, kami sepakat untuk pulang sebab hampir maghrib.


Malam menjelma.
Selepas selesai makan, berehat ... Kami keluar untuk menikmati bandar London.
Kehidupan malam di Central London dihayati.
Menyusuri "hot spot" Kota London seperti :-
Leicester Square, Piccadilly Circus, China town..
sampai tak termampu nak mengangkat kaki untuk berjalan lagi.
Namun, berpuas hati dengan ronda malam Kota London.
Banyak gelagat manusia dapat diperhatikan.
Ada yang melepak bersama kawan, bermesra dengan kekasih dan ,
ada yang hanya melepak menonton persembahan oleh artis jalanan.
Malam di Kota London, penuh warna dan meriah .




Hari 3: Hello red Boot .

Pejam celik, dah hari ketiga.
Walau kaki dah tersangat letih, tapi hati masih cekal dan teruja
London masih mahu dijajah . Dan hari ketiga, "Bicester Village" di tuju.
apa ada kat bicester village nih? Ia merupakan salah satu lagi Designer Outlet.
Pelbagai designer shop ada kat sana. Teratur susunan kedai dia.
dan disana juga Hani mengucapkan dan memulakan perkenalan dengan "Boot Merah ".
Ayah saya belikan saya sepasang boot merah from Clarks. Sumpah suke
Ohw tidak lupa, kat sini juga ade prayer room. Bagus kan?.





Selepas habis almost 4 jam dekat sana,
Kami pergi lagi ke Kota London.
Masih berjalan-jalan dengan girang menyusuri lorong-lorong kota yang sibuk
Tapi kali ini kami dengan satu tujuan iaitu menjajah kedai-kedai di Oxford street
Tapi kami sempat jajah Mark and Spenser jer sebab busy jalan-jalan tengok kedai-kedai lain.
dan lagi, saya shopping jugak kat sana . tapi tak banyak mana la sebab usha harga jer.
Sebab mengetahui, esok akan datang situ lagi ( ho ho konon kire budjet)






Hari 4 : 15 jam terakhir di London.
Ia merupakan hari terakhir di London.
Selepas siap mengemas beg, kami pergi memulangkan kereta.
Selepas pulangkan kereta, kami buat "last shopping moment"
Kali ini kami berjalan menyusuri jalan lain pula..
so dapat la melintas "hyde Park" dan menikmati pemandangan Kota London dari sisi lain.



Setibanya di Oxfort Street, mata dah rambang.
Semua kedai nak masok .. memang banyak kedai di masok pon
Siap berhenti beli key chain bas & telephone merah tuh lagi.
Masa berjalan amat pantas sampai tak sedar hampir jam 3 ptg,
dan harus meninggalkan Kota London untuk menuju ke Paris.
dan perjalanan terakhir ini amat unik sebab kami amik subway train
untuk pergi ke destinasi .. ( pengalaman beb naik subway, terasa mcm org London dah)




Jam 4ptg, kami tiba di Station St.Pancras.
Bergegas menuju ke check in Eurostar dan meneruskan perjalanan ke Paris.
Hani melihat kebelakang, dan mengucapkan terima kasih kepada Kota London
sungguh indah kenangan bersama walau hanya 4 hari,
namun perkenalan ini membawa memori indah.




Pengembaraan di London Tamat
For Paris trip, kene tunggu the next post soon ;)




Lonely Planet Application from Apple .



Ia merupakan satu application yang Hani download sejak tahun lepas
Masa tuh travel guide untuk Paris & London tengah free. Now mmg kene bayar la.
So, application ini mengandungi peta, perkara-perkara yang boleh dilakukan,
Tempat-tempat yang harus dilawati , sedikit kisah tentang lokasi tersebut
dan juga setiap tempat tuh nanti die bagitau subway train paling terdekat.
Application ni jugak ada jugak tinggalkan tips untuk tiap lokasi yang disarankan.
memang bagus la application ni.




Ketika ini ...
Menguap adalah perkara paling enak (^___^!)

No comments:

Post a Comment