Search This Blog

Monday, January 16, 2012

Direct flight ke Orly, Paris

@ Dari Kuala Lumpur ke Grenoble, France

Thursday, February 24, 2011

Kami bertolak pada pukul 9 pagi dari LCCT, Kuala Lumpur. Naik Air Asia X sebab; pertama ianya direct flight ke Orly, Paris dan kedua mestilah sebab tiketnya murah berbanding yang lain. Masa Ibu beli, tiket harganya dalam RM 2200. Oh ya Ammar pun RM 2200 juga ye. Budak atas 2 tahun dah kira adult. Huhu. (Nota penting: Silalah jalan puas-puas before anak masuk dua tahun ye).

Alhamdullilah takde masalah semasa check in dan sebagainya. Ammar pun behave - masih mengantuk agaknya. Sebenarnya, Ibu agak berdebar. First time naik flight tanpa Ayah, nasib baik ada MIL sekali. Kalau setakat sejam bolehla tahan. Ini 14 jam tau. Ibu dahla mabuk udara.

Dalam pukul 11 malam waktu Malaysia, kami pun sampai di Orly, Paris. Maafla tak banyak gambar diambil (takde gambar dah sebab memory card rosak-huhu). Sebab sibuk dengan barang dan Ammar. Memang sejuk la kat situ. Nasib baik dah pakai siap-siap baju tebal dari dalam plane.

ihsan en. google

Daripada Airport Orly kami naik train OrlyVal ke station Anthony. Dari station Anthony kena ambil train lain pula ke station Chatelet-Les Halles (guna RER A). Ala-ala naik LRT Putra kena tukar naik star la ni. Time ni skill naik LRT tu dulu sangat berguna ya. Huhu.



Station train di Chatelet-Les Halles sangat besar dan bersimpang-siur. Dengan beg berat dan juga stroller (plus Ammar ya) memang agak terkial-kial. Dahla time tu dalam pukul 5-6 petang. time orang balik office. Ramai gila manusia kat situ. Nasib baik la orang France ni baik-baik belaka. Siap ada sorang tu tunjuk jalan kat kitaorang. 

Dari situ, kami naik RER A pula ke station Gare de Lyon. Gare de Lyon ni station besar. Mana-aman depan ada Gare tu kira station besar la. Dari Gare de Lyon kami beli tiket TGV nak ke tempat Ayah - Grenoble. TGV ni kira train laju. Tiket die memang harganya telan air liur juga. Selalunya orang beli tiket TGV ni online, tapi sebab tak pasti sampai kul bape, terpaksa la beratur. Mesinnya banyak tapi hanya boleh guna kredit kad sahaja.

Masa tu dah terlepas train pukul 6.40 petang. So kena beli tiket pukul 7.40 malam (waktu Paris). Tiket second class dah habis so yang tinggal hanya tiket first class. Ibu dah cuak time tu. Harga tiket 130 euro seorang. Habisla budget Longchampku. Huhu. Rezeki kami, orang tu kata ada discount. Dapat 110 euro untuk 2 orang (sebab last minute agaknya). Nasib baik juga budak-budak atas 3 tahun je kena bayar. So Ammar terlepasla. Huhu. Nasib baik.




Train first class ni - second class ticket dah habis

Sampai di Grenoble pukul 11 malam (waktu Paris) - waktu Malaysia pukul 4 ke 5 pagi macam tu. Memang agak terketar-ketar sebab sejuk kat situ (kawasan situ kawasan gunung/ada sungai). Rasa happy bila nampak Ayah sebab rasa jauhnya perjalanan ni. Ayah bawa pusing bandar seround sambil bagitahu sikit-sikit kawasan tu. Tapi Ibu dah tak boleh nak tangkap, mata dah terbayang katil. Hehe.

 Stesen Grenoble

No comments:

Post a Comment