Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

Dua hari ke Disneyland

Kalau ikut aku nak senang naik je train biasa sebab sebelum memang banyak kali dah naik train biasa ,ni first time nak guna subway . Tapi masalahnya line JR tu ke transfer kat Tokyo stesyen .Tokyo stesen dah tentulah sibuk , jadi kalu boleh kami nak  elakkan Tokyo station dan terus ke Shinkiba .
       Sebenarnya  masa naik Tokyo Metro ni , aku dan Alya terpisah dengan hb dan Amsyar. Rasa gelap dunia sekejap … bayangkan kami naik je train , dan hb baru nak naik, pintu train tu terus tutup . Aku pandang hb , hb pandang aku , terpanik sekejap masa tu..tak sempat nak cakap apa2 kat hb. So train terus jalan dan Alya dah merengek bila abah dia tak ada dalam train .
                      ‘ Ibu..abahhh manaaa….. adik mana….. ‘ dia dah macam nak nangis dah.
Aku pun macam blur kejap sebab..susu Amsyar ada dalam bagpack aku, Amsyar pula ada dengan abah dia. Lepas tu aku baru teringat yang masa first day sampai Tokyo , aku ada terims sms dari adik aku . Means , kalau aku sms hb , dia pun akan terima gakla. 
       So, aku try sms..ok delivered. Lega kejap , tapi nak tunggu hb aku balas sms tu , seminit rasa macam setahun je sebab tiba-tiba je terpisah macam tu..hahaha.
Dalam tengah tunggu tu dapat sms dari hb, suruh stop kat stesyen terdekat sebab Amsyar dah macam nak nangis dah . Dapat je sms dari hb, barulah lega sangat masa tu . So aku stop kat  stesen Ichigaya dan tunggu hb dengan Amsyar . Bila Nampak je kelibat hb ngan Amsyar ..aku rasa lega sangat-sangattttt dan rasa nak berlari je peluk  hb aku masa tu ..tapi nasib baik orang ramai masa tu heh..heh..heh… . 
          So lepas tu kami tunggu train seterusnya dan teruskan perjalanan ke Tokyo Disneyland . Mistake kami kat sini ialah, kami tak pernah discuss , kalau jadi apa2 macam ni , apa yang perlu kami buat sebelum kami ke Tokyo . Jadi lepas ni kalu jadi lagi , hb cakap terus je turun  kat stesen yang pertama train tu berhenti .
Tiba je je di Maihama station, kami terus cari elavator dan semasa dalam elavator tu kami berkenalan dengan wanita Jepun yang cute sangat-sangat :-). Dia bawa anaknya ke disneyland sempena hari lahir anaknya.Kami sampai dalam  pukul 2 petang dan kami decide untuk terus ke disneyland dan tak terus ke hotel untuk check in. 
           First impression tentang Tokyo disneyland .. susah nak explain ..rasanya setiap sudut , perfect .. tak ada satu sudut pun yang cacat cela. Serious… tak de pun tempat yang ada sampah , tempat yang berlumut..memang tak de, tak de pun bangunan yang catnya dah luntur ..memang perfect la..

Dekat luar pun dah lawa sangat-sangat , belum lagi masuk kat dalam. Jalan sikit berhenti ambil gambar, jalan lagi berhenti lagi…

      ‘macam ni bila nak masuk disneyland’ ..kata hb heh..heh..hehh
Kami terus ke kaunter tiket dan membeli tiket untuk dua hari sebabnyanya kami akan ke Disneysea keesokan harinya.Harga tiket 2 day pass ialah 10 700 seorang.Kalau convert duit Malaysia,RM 438.00 sorang . Rasa macam mahal gilee kan.. tapi cukup berbaloi dan puas hati main dalam disneyland tu.Harga tiket untuk sehari RM 248 ( bergantung pada tukaran wang ).
            Kalau ambil two day pass ni , boleh je nak masuk

 dua hari ke Disneyland , atau
 dua hari ke disneysea  atau
 satu hari Disneyland dan satu hari ke Disneyea.
Tapi kalau beli pass untuk satu hari , boleh masuk satu je samada Disneyland atau Disneysea  TAK boleh masuk ke dia-dua taman tema untuk tiket satu hari .

Terdapat 7 tarikan utama di Disneyland iaitu .

1.World Bazaar
2.Aventureland
3.Westernland
4.Critter Country
5.Fantasyland
6.Towntown
7.Tomorrowland
                                                                                                        http://www.tokyodisneyresort.co.jp

No comments:

Post a Comment